Monday, November 26, 2007

Sekolah Rendah Sultan Abdul Bubin Sungai Besar Brunei II: Suatu Pengenalan

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Lama
Sekolah Rendah Sultan Abdul Bubin Sungai Besar (SR SAB), Sungai Besar Brunei II mula dibina oleh penduduk Kampong Sungai Besar yang diketui oleh Yang Mulia Tuan Haji Ibrahim bin Puteh secara gotong royong pada tahun 1959 dan digunakan pada 10 September 1959.
Sekolah Baru
  • Sekolah baru yang mula dibina pada tahun 1966 dan digunakan pada tahun 1967. Yang Amat Mulia Pengiran Haji Md Yussof Bin Pengiran Hj Abdul Rahim selaku tetamu terhormat diberi penghormatan meresmikan penggunaan sekolah tersebut pada 30 Jun 1968. Nama sekolah diambil daripada nama Sultan Brunei yang ke 13 iaitu Sultan Abdul Mubin.
  • Tahun 1979, bangunan tambahan jenis mula dibina dan digunakan pada 1 Januari 1980. Bangunan tersebut mempunyai 6 bilik darjah dan 1 buah bilik guru-guru. Kemudian pada tahun 1985 sebuah bangunan tandas dibina. Manakala dapor sekolah dibina pada tahun 1986. Selepas itu pada tahun 1987 dibina sebuah kedai sekolah.
  • Oleh kerana sekolah memerlukan beberapa buah bilik darjah lagi untuk menampung kekurangan tersebut, maka sebuah bangunan sementara yang mempunyai 3 buah bilik, didirikan pada tahun 1994.

No comments: